Sin Chan Lambat Ke Sekolah
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."
Friday, January 15, 2010
Sin Chan ke sekolah
Posted by is_zal at 5:28 PM 1 comments
Tak Patut...
Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia menanya soalan soalan yang akan mengelirukan murid murid nya….
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak2 : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Anak2 : takde cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampak tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ada tak?
Anak2 : takde cikgu.
Guru tadika sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia mengangkat tangan untuk menanya guru tadika itu..
Budak A : Cikgu boleh saya tanya sesuatu.
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Budak A : kawan2 nampak cikgu tak.
Kawan2 : nampak.
Budak A : cikgu ada kan?
Kawan2 : ada.
Budak A : kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kawan2 : tak nampak.
Budak A: cikgu ada otak tak?
Kawan2 : tak de
Posted by is_zal at 10:15 AM 0 comments
Kaunseling, aku dan die...
Tahun ini merupakan tahun akhir aku dan rakan2 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim..Apa yg menariknye adalah pada sem ini aku dapat belajar satu subjek baru iaitu Bimbingan Dan Kaunseling... Sangat menyeronokkan dan Menarik.. Tq kepada Puan Rokiah Buyong yang membimbing kami.... Tabikla..... Untuk tu, aku sertakan sedikit cerita selingan .....
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”
Pelajar itu menjawab..
“Okey.. boleh saja…!”
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”
“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
“… Saya adalah penjaga gol!”
Posted by is_zal at 9:54 AM 0 comments
Perut, Nikmat dan Penyakit
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, |
Posted by is_zal at 9:45 AM 1 comments